Salam Sejahtera
Setelah memilih pasangan hidup semestinya mempunyai keinginan ingin mempunyai
anak sendiri. Persediaan mental dan fizikal sangat penting dalam perancangan
menggalas perancangan sebagai ibu dan bapa. Perubahan gaya pemakanan bagi
wanita juga semestinya berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat sebagai persediaan
untuk hamil.
Meskipun, pengambilan makanan sihat sahaja
tidak mencukupi, terutamanya kepada pasangan yang sukar untuk hamil. Namun,
terdapat banyak jenis menu yang boleh dimakan sebagai rutin seharian yang telah
terbukti dapat meningkatkan kesuburan. Jom kita semak!
1# YOGURT, SUSU, AIS KRIM, DAN KEJU.
*Dalam kehidupan seharian,
kalsium merupakan nutrisi yang sangat penting bagi wanita termasuk ketika
merancang untuk hamil. Ibu hamil telah cukup banyak memahami bahawa kalsium bermanfaat
untuk perkembangan tulang bayi dan juga memenuhi keperluan kalsium tubuh mereka
sendiri. Jadi sama situasinya jika wanita dalam persediaan untuk hamil supaya
dapat membantu meningkatkan kesuburan. Khasiat kalsium dapat diperoleh dari
makanan yang kaya akan lemak susu, misalnya yogurt, susu, ais krim, dan juga
keju.
*Selain bermanfaat membantu memperkuat tulang, kalsium juga membantu fungsi
organ reproduksi agar lebih efisyen. Meskipun kaitan antara susu dan
peningkatan kesuburan masih belum difahami. Namun para ahli telah menemui
banyak manfaat dari khasiat kalsium tinggi bagi kesihatan reproduksi. Seorang
wanita yang sedang merancang untuk cepat hamil seharusnya memenuhi lebih kurang
1000 miligram kalsium setiap hari, atau bersamaan dengan 8 gelas susu.
2# KARBOHIDRAT KOMPLEX
*Beberapa tahun kebelakangan
ini, ramai yang berusaha mengelakkan diri dengan karbohidrat kerana diangkap
boleh menambah saiz lilit pinggang. Anggapan itu bertujuan untuk menjaga berat
badan agar tetap ideal. Tapi sebenarnya, karbohidrat tidak semuanya diciptakan
sama.
*Makanan yang
mengandungi karbohidrat seperti bijian boleh membantu meningkatkan kesuburan.
Ia berbeza dengan karbohidrat yang ditemui dalam nasi putih atau roti yang
telah diproses.
*Ketika anda mengambil
karbohidrat dari makanan yang telah diproses, maka kandungan gula dalam darah
serta insulin meningkat sehingga mengganggu fungsi hormon reproduksi.
Akibatnya, pembuahan menjadi tertunda.
3# SAYUR DAN
BUAH-BUAHAN BERWARNA CERAH
*Sayur dan buah-buahan
merupakan sumber vitamin yang sangat tinggi untuk wanita dan lelaki. Selain
kaya nutrisi, vitamin, dan mineral, sayur dan buah-buahan mengandungi fitokimia
dan antioksidan yang dapat membantu menangkal radikal bebas.
*Bila badan banyak
mengandungi radikal bebas, maka boleh menimbulkan masalah besar terhadap
kesihatan termasuk lah gangguan hormon reproduksi.
*Dinasihatkan agar
memilih sayur dan buah-buahan yang berwarna cerah sebanyak mungkin kerana
semakin cerah warnanya, maka lebih banyak vitamin di dalam sayur dan
buah-buahan tersebut.
*Jauhi jenis sayur dan
buah-buahan yang mengandungi bahan pengawet dan pemanis buatan. (contoh; jeruk
buah)
#4 DAGING
AYAM
*Daging ayam mengandungi
zat besi dan juga protein yang sangat tinggi. Nutrisi ini sangat diperlukan
oleh wanita yang merancang untuk hamil ataupun sudah hamil.
*Menurut kajian, wanita
mempunyai kemungkinan untuk mandul jika kekurangan zat besi berbanding yang
mempunyai cukup zat besi.
*Pastikan memilih daging
ayam yang diproses dengan cara sihat seperti dipanggang. Hindari daging ayam
yang digoreng atau proses lain sehingga mengandungi lemak tinggi.
#5 TELUR
*Telur kaya dengan
nutrisi dan vitamin penting seperti kolin dan protein. Ramai yang tidak sedar
bahawa telur adalan makanan yang boleh meningkatkan kesihatan organ reproduksi.
*Kolin sangat diperlukan
baik sebelum kehamilan atau saat kehamilan, kerana manfaatnya yang dapat
membuat tubuh mampu menyerap asid folic. Asid folic adalah vitamin asas selama
prakonsepsi dan awal kehamilan bagi mencegah kecacatan bayi.
*Mengambil sebiji telur
sehari, boleh meningkatkan kadar kolin yang memadai untuk menyerap asid folic
sebanyak 2 kali ganda.
#6
SAYUR-SAYURAN BERWARNA HIJAU
*Selain antioksidan yang terkandung dalam
sayuran hijau seperti kangkung dan bayam, sayur juga kaya dengan zat besi. Zat
besi penting untuk wanita agar kitaran haid tetap lancar. Kebanyakan
wanita yang kitaran haidnya tidak teratur adalah disebabkan kurangkan zat besi
dalam badan.
*Oleh itu, masukkan sayur-sayuran hijau
ke dalam menu seharian anda supaya dapat membantu kadar zat besi yang
diperlukan.
#7 BIJIAN DAN KEKACANG
*Bijian dan kekacang lebih lambat untuk
dicerna oleh tubuh, sehingga mengatur kadar insulin dan meningkatkan ovulasi.
Selain itu, bijian dan kekacang juga mengandungi omega 3, asid lemak yang
mempunyai kesan langsung terhadap tahap hormon seseorang.
*Bijian dan kekacang mampu menghilangkan
radikal bebas kerana kandungan antioksidannya yang sangat tinggi. Oleh itu,
kekebalan tubuh semakin meningkat dan dapat mengurangkan risiko tubuh wanita
untuk menyerang sel sperma lelaki.
#8 MINYAK ZAITUN
*Omega 3 dipercayai dapat memberi kesan
yang sangat besar bagi peningkatan kesuburan, biasanya omega 3 ini boleh
ditemui dalam minyak zaitun.
*Penelitian menunjukkan bahawa
pengambilan omega 3 yang cukup benar-benar mampu meningkatkan kualiti sel telur
dan sel sperma.
sumber: caraagarcepathamil.info
*Penelitian menunjukkan bahawa pengambilan omega 3 yang cukup benar-benar mampu meningkatkan kualiti sel telur dan sel sperma.