Assalammualaikum buat semua sahabat ^_^
perrghhhh......bertahun bersawang blog ni. Sampaikan anak ibu dah masuk 8 bulan. eh siapa? ahahaha permata hati ibu yang kedua. HERO juga. Ape la ibu ni....troks tau...cite pasal adik langsung takde kan. hehehe ni nak cite la ni...... :p
Tanggal 18 April 2014, Jumaat jam 2.21 pagi, bayi seberat 3.26 kg selamat lahir kedunia dengan mudah sekali 2 kali push. Alhamdulillah....kali ini Allah permudahkan. Walaupun tarikh jangkaannya adalah 17hb, tapi jauh disudut hati ibu mahukan tarikh 18hb sebab sama dengan abang Qayyum (18 nov) ^_^. Alhamdulillah Allah perkenankan.....pada 17hb, pagi ibu dah pergi ke Hospital Serdang walaupun tiada tanda-tanda sakit. Bila sampai sana check...rupanya dah buka jalan 2cm (ibu tak rasa sakit apa pun) tapi doctor suruh balik dan pesan datang balik jika sakit kerap atau ada tanda-tanda bersalin lain.
Jam 6.30 malam......sakit setiap 5 ke 10 minit, ibu tak pasti adakah itu sakit kontraksi sebab sebelum ni kan ibu induce. Dalam hati berkata 'oh camni sakit contraction kot'. Sempat lagi ibu take note brapa minit skali kontraksi tu. (rekod dalam hp) mummy dah cemas suh g spital cepat2 hihihi bila dah yakin tu sakit contraction, jam 11 malam tiba di Hospital Serdang, masih belum sakit kuat, so jalan pun relax je masuk 'serah diri'.
Check jalan dah buka 4cm, dan beberapa minit doctor check lagi 5cm wlaupun sakit ala2 kadar je...masih boleh tahan dan kemudian doctor decide untuk pecahkan air ketuban untuk percepatkan pembukaan jalan (doctor muda hokey...tahun 1988). Dan.......bermulalah yang mana dikatakan 'Sakit nak Beranak' ..... (n_n") wowwweeee sakit yang ni la macam sakit lepas kena induce dulu. Sampai bacaan graft jantung baby senget benget sbb asyik bergerak je...doctor tu bleh ckp "sakit sangat ke" amboiii ibu jawab balik "sakit la!" cer kamo beranak rasa la sakit ke tak. soklan tak menjiwai langsung! itsokey...ibu tak marah dia sbb dia belum pernah beranak kot.
Pintu dah buka 7cm tapi masih tak boleh ditolak masuk ke LR sebab masa tu FULL HOUSE! walaweyy....ibu tahan sakit sorang2 dalam tirai tu. Kalau dah masuk LR bleh la abah teman....huhuhu :'( mungkin masa tu dah dekat-dekat jam 2 pagi. Bila dapat tempat terus ditolak ke LR....dan....semasa sedang ditolak ke LR baby dah tak sabar nak keluar...rasa nak meneran sangat-sangat....puas ibu tahan. Sudahnye terteran jugak....tak sempat lagi tukar ke katil LR. Bila dah tak sakit nurse suruh cepat-cepat bergerak tukar ke katil LR...masa tu semua kat situ dah nampak KEPALA BABY termasuk abah. Ibu tahu sebab abah la terus cakap 'eh kepala baby dah nampak!' hehehe excited letuw.
Push yang pertama tak berjaya sebab tangan pegang tangan abah jadi tolakan di perut kureng....push yang kedua tangan pegang di pergelangan kaki, ALHAMDULILLAH dengan sehabis daya ibu push dan tepat 2.21 pagi terdengar lah suara si comel ibu ni menangis. Nurse terus tunjuk bibird dan letak atas dada sekejap sebelum diambil untuk dibersihkan dan ditimbang. LEGA!
Bayi comel kami diberi nama MUHAMMAD QAISER AZFAR BIN MOHD TASYRIF yang bermaksud Muhammad Pemimpin/Raja yang berjaya. Kali ni ibu yang pilih nama, Nama dipilih sejak dari kandungan dah confirm nampak 'bibird' hehehe
![]() |
Hari Pertama Melihat Dunia 18/04/14 baby SHAKLEE! |
TERIMA KASIH ALLAH atas nikmat anugerah ini sekali lagi dan memperkenankan untuk dipermudahkan segala-galanya. Sepanjang hamilkan Qaiser, Ibu amalkan pengambilan supplement shaklee ESP, Mealshakes, Vitamin C, Vitalea, B-complex makan kadang-kadang je sebab tak tahan bau dia...sebelum preggy ok je, bila preggy tak boleh telan langsung. Sebab tu ibu ambil Mealshake dan Vitalea untuk gantikan balik b-complex yang kurang. Vitamin klinik ibu langsung tak ambil sebiji pun, ibu jujur bagitau nurse yang ibu nak makan shaklee saja. nurse pun ok.
Semoga amanah ini membesar sebagai seorang PEMIMPIN YANG BERJAYA kelak. Ibu sayang adik.
![]() |
Lain pulak muka bila dah makin besar....Qaiser 3 bulan. |
Nantikan ceritera semasa berpantang pula.........tatatititutu