Thursday, 2 April 2015

Sakitnya Tuh Di sini: Hati Sihat dengan DTXcomplex

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera



Anda sakit hati? tu maknanya hati tak sihat tu....hehehe sakit hati boleh di rawat tau......jadi sebelum sakit jadi melarat. Baiklah kita cegah dulu, pelihara dulu kesihatan hati. Nanti tak de lah ayat "sakit pulak hati kita ni" ok joke!

Apa itu Hati?

Hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai ‘pusat industri pemprosesan’. Hati adalah organ unik yang mampu membina dirinya sendiri. Oleh itu organ hati boleh didermakan sebahagiannya, kerana ia mampu memperbaiki dan membina organnya semula.

Antara fungsi hati adalah:
  • Merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak
  • Bertindak sebagai ‘penapis’ dan ejen detoksifikasi.
  • Mengawal paras gula dalam darah.
  • Penting untuk metabolisma lemak.






Namun begitu, dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran, hati kita terpaksa ‘kerja lebih masa’.

Bukan saja ia terpaksa melaksanakan tugas-tugas ‘wajib’ bagi hati, malah memerlukan lebih masa untuk membaikpulih dirinya sendiri.

Oleh itu hati kita memerlukan bantuan untuk membersihkan dirinya (detox hati) sekaligus menjadikan fungsi hati lebih berkesan.







Memperkenalkan DTXcomplex

Shaklee DTXcomplex mengandungi campuran proprietari pelbagai ekstrak aktif daripada milk thistle, schizandra, dandelion, cendawan reishi, kunyit dan articok. Ia digunakan secara tradisional sebagai tonik hati.

Shaklee DTX Complex mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati.

Ekstrak bijj benih pokok susu tisel (milk thistle seed) - melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.

Artichoke – membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu

Dandelion – merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit

Kunyit – mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan

Reishi mushroom (Ling Zhi) - membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung

Schizandra – merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin
DTX Complex mempunyai formulasi yang dipatenkan. Hanya yang terbaik dari Shaklee. 

Dapatkan DTX hari ini untuk membantu hati anda menjalankan fungsi terbaik!



Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan;






Wednesday, 11 March 2015

UNSALTED BREAD ROSE CHEEZY CHICKEN NUGGET EGG MUFFIN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Seperti yang dijanjikan....resepi mudah yang tempting ni...nyummmy!
ku beri nama UNSALTED BREAD ROSE CHEEZY CHICKEN NUGGET EGG MUFFIN. wahhh panjang kan....sebab semua nak masuk. Rose? tu sebab rupa roti tu dah macam bunga ros...hahaha.

Mula-mula nampak resepi ni orang dok share-share kat FB...share ler. Pastu nampak pulak roti nak expired kat rumah tu ...ada la dalam 5 keping. tengok-tengok peti ais ade cheese, ade telur, ade nugget, hah ape lagi....zasss je la. Tapi ku buat ikut cara ku paling mudah.

ni baru keluar oven
 UNSALTED BREAD ROSE CHEEZY CHICKEN NUGGET EGG MUFFIN
RESEPI
By: Intan

Bahan-Bahan
5 keping roti gardenia
2 biji telur
susu cair
1 keping cheddar cheese
Mentega

Bahan Inti
Nugget (kalau ikut resepi asal sosej) tapi sebenarnya boleh letak apa-apa saja yang korang suka

Cara-cara
1. leperkan setiap keping roti
2. sapu loyang/bowl dengan mentega
3. masukkan roti ke dalam loyang/bowl (tekan-tekan sikit bagi ada ruang untuk masukkan inti)
4. potong-potong nugget dan masukkan dalam roti
5. pukul telur dan campurkan dengan susu cair (ku agak2 je cukup untuk 5 roti tu) campo esen vanilla sikit bagi hilang hanyir telur
6. koyak2 cheese dan letak disetiap atas roti
7. bakar pada suhu 180'c selama 30 minit (atau ikut oven masing2) hingga masak.
siap!

** nak lagi sedap..tabur la oregano ke..chili flakes ke..kot2 suka pedas kan. varietykan ikut citarasa uols ok.

sedap....

ni dalam nya setelah dipotong...chicken nugget

macam rose kan!


SELAMAT MENCUBA! ^_^

Tuesday, 10 March 2015

RESEPI BISKUT BABY MUDAH


ADIK Qaiser sangat-sangat suka makan...sumbat apa saja, licin! ngutip pun trosss masuk mulut...alahaiii. Lately bila dok dalam car seat....adik dah tak nak sangat. Susah juga ibu sebab nak travel dari rumah ke rumah mama makan masa lebih kurang 20 minit soooo camne nak buat dia dok diam? ye....bagi makanan! hehehe

Jadi ibu terfikir nak buat cookies sendiri...so bila nak bagi adik diam dalam kereta just suruh je dia pegang cookies tu. mesti diam. hahaha Memangla cookies kat pasaran banyak....tapi banyak la perasa, pewarna semua. Baik buat sendiri, air tangan sendiri kan.

sebelum dibakar

Resepi Biskut Baby Mudah
Bahan:
4-5 keping roti gardenia @ sebanyak mana yang mommy suka
unsalted butter

Cara:
potong-potong roti @ guna cutter yang cute (buang tepi)
sapu butter dan bakar

SENANG KAN!


Tadaaa.... dah siap

Nomm...Nomm...