Thursday, 2 April 2015

Sakitnya Tuh Di sini: Hati Sihat dengan DTXcomplex

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera



Anda sakit hati? tu maknanya hati tak sihat tu....hehehe sakit hati boleh di rawat tau......jadi sebelum sakit jadi melarat. Baiklah kita cegah dulu, pelihara dulu kesihatan hati. Nanti tak de lah ayat "sakit pulak hati kita ni" ok joke!

Apa itu Hati?

Hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai ‘pusat industri pemprosesan’. Hati adalah organ unik yang mampu membina dirinya sendiri. Oleh itu organ hati boleh didermakan sebahagiannya, kerana ia mampu memperbaiki dan membina organnya semula.

Antara fungsi hati adalah:
  • Merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak
  • Bertindak sebagai ‘penapis’ dan ejen detoksifikasi.
  • Mengawal paras gula dalam darah.
  • Penting untuk metabolisma lemak.






Namun begitu, dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran, hati kita terpaksa ‘kerja lebih masa’.

Bukan saja ia terpaksa melaksanakan tugas-tugas ‘wajib’ bagi hati, malah memerlukan lebih masa untuk membaikpulih dirinya sendiri.

Oleh itu hati kita memerlukan bantuan untuk membersihkan dirinya (detox hati) sekaligus menjadikan fungsi hati lebih berkesan.







Memperkenalkan DTXcomplex

Shaklee DTXcomplex mengandungi campuran proprietari pelbagai ekstrak aktif daripada milk thistle, schizandra, dandelion, cendawan reishi, kunyit dan articok. Ia digunakan secara tradisional sebagai tonik hati.

Shaklee DTX Complex mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati.

Ekstrak bijj benih pokok susu tisel (milk thistle seed) - melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.

Artichoke – membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu

Dandelion – merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit

Kunyit – mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan

Reishi mushroom (Ling Zhi) - membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung

Schizandra – merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin
DTX Complex mempunyai formulasi yang dipatenkan. Hanya yang terbaik dari Shaklee. 

Dapatkan DTX hari ini untuk membantu hati anda menjalankan fungsi terbaik!



Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan;






Wednesday, 11 March 2015

UNSALTED BREAD ROSE CHEEZY CHICKEN NUGGET EGG MUFFIN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Seperti yang dijanjikan....resepi mudah yang tempting ni...nyummmy!
ku beri nama UNSALTED BREAD ROSE CHEEZY CHICKEN NUGGET EGG MUFFIN. wahhh panjang kan....sebab semua nak masuk. Rose? tu sebab rupa roti tu dah macam bunga ros...hahaha.

Mula-mula nampak resepi ni orang dok share-share kat FB...share ler. Pastu nampak pulak roti nak expired kat rumah tu ...ada la dalam 5 keping. tengok-tengok peti ais ade cheese, ade telur, ade nugget, hah ape lagi....zasss je la. Tapi ku buat ikut cara ku paling mudah.

ni baru keluar oven
 UNSALTED BREAD ROSE CHEEZY CHICKEN NUGGET EGG MUFFIN
RESEPI
By: Intan

Bahan-Bahan
5 keping roti gardenia
2 biji telur
susu cair
1 keping cheddar cheese
Mentega

Bahan Inti
Nugget (kalau ikut resepi asal sosej) tapi sebenarnya boleh letak apa-apa saja yang korang suka

Cara-cara
1. leperkan setiap keping roti
2. sapu loyang/bowl dengan mentega
3. masukkan roti ke dalam loyang/bowl (tekan-tekan sikit bagi ada ruang untuk masukkan inti)
4. potong-potong nugget dan masukkan dalam roti
5. pukul telur dan campurkan dengan susu cair (ku agak2 je cukup untuk 5 roti tu) campo esen vanilla sikit bagi hilang hanyir telur
6. koyak2 cheese dan letak disetiap atas roti
7. bakar pada suhu 180'c selama 30 minit (atau ikut oven masing2) hingga masak.
siap!

** nak lagi sedap..tabur la oregano ke..chili flakes ke..kot2 suka pedas kan. varietykan ikut citarasa uols ok.

sedap....

ni dalam nya setelah dipotong...chicken nugget

macam rose kan!


SELAMAT MENCUBA! ^_^

Tuesday, 10 March 2015

RESEPI BISKUT BABY MUDAH


ADIK Qaiser sangat-sangat suka makan...sumbat apa saja, licin! ngutip pun trosss masuk mulut...alahaiii. Lately bila dok dalam car seat....adik dah tak nak sangat. Susah juga ibu sebab nak travel dari rumah ke rumah mama makan masa lebih kurang 20 minit soooo camne nak buat dia dok diam? ye....bagi makanan! hehehe

Jadi ibu terfikir nak buat cookies sendiri...so bila nak bagi adik diam dalam kereta just suruh je dia pegang cookies tu. mesti diam. hahaha Memangla cookies kat pasaran banyak....tapi banyak la perasa, pewarna semua. Baik buat sendiri, air tangan sendiri kan.

sebelum dibakar

Resepi Biskut Baby Mudah
Bahan:
4-5 keping roti gardenia @ sebanyak mana yang mommy suka
unsalted butter

Cara:
potong-potong roti @ guna cutter yang cute (buang tepi)
sapu butter dan bakar

SENANG KAN!


Tadaaa.... dah siap

Nomm...Nomm...

Thursday, 18 December 2014

Permata Hati kedua Ibu Abah

Assalammualaikum buat semua sahabat ^_^
perrghhhh......bertahun bersawang blog ni. Sampaikan anak ibu dah masuk 8 bulan. eh siapa? ahahaha permata hati ibu yang kedua. HERO juga. Ape la ibu ni....troks tau...cite pasal adik langsung takde kan. hehehe ni nak cite la ni...... :p

Tanggal 18 April 2014, Jumaat jam 2.21 pagi, bayi seberat 3.26 kg selamat lahir kedunia dengan mudah sekali 2 kali push. Alhamdulillah....kali ini Allah permudahkan. Walaupun tarikh jangkaannya adalah 17hb, tapi jauh disudut hati ibu mahukan tarikh 18hb sebab sama dengan abang Qayyum (18 nov) ^_^. Alhamdulillah Allah perkenankan.....pada 17hb, pagi ibu dah pergi ke Hospital Serdang walaupun tiada tanda-tanda sakit. Bila sampai sana check...rupanya dah buka jalan 2cm (ibu tak rasa sakit apa pun) tapi doctor suruh balik dan pesan datang balik jika sakit kerap atau ada tanda-tanda bersalin lain.

Jam 6.30 malam......sakit setiap 5 ke 10 minit, ibu tak pasti adakah itu sakit kontraksi sebab sebelum ni kan ibu induce. Dalam hati berkata 'oh camni sakit contraction kot'. Sempat lagi ibu take note brapa minit skali kontraksi tu. (rekod dalam hp) mummy dah cemas suh g spital cepat2 hihihi bila dah yakin tu sakit contraction, jam 11 malam tiba di Hospital Serdang, masih belum sakit kuat, so jalan pun relax je masuk 'serah diri'.

Check jalan dah buka 4cm, dan beberapa minit doctor check lagi 5cm wlaupun sakit ala2 kadar je...masih boleh tahan dan kemudian doctor decide untuk pecahkan air ketuban untuk percepatkan pembukaan jalan (doctor muda hokey...tahun 1988). Dan.......bermulalah yang mana dikatakan 'Sakit nak Beranak' ..... (n_n") wowwweeee sakit yang ni la macam sakit lepas kena induce dulu. Sampai bacaan graft jantung baby senget benget sbb asyik bergerak je...doctor tu bleh ckp "sakit sangat ke" amboiii ibu jawab balik "sakit la!" cer kamo beranak rasa la sakit ke tak. soklan tak menjiwai langsung! itsokey...ibu tak marah dia sbb dia belum pernah beranak kot.

Pintu dah buka 7cm tapi masih tak boleh ditolak masuk ke LR sebab masa tu FULL HOUSE! walaweyy....ibu tahan sakit sorang2 dalam tirai tu. Kalau dah masuk LR bleh la abah teman....huhuhu :'( mungkin masa tu dah dekat-dekat jam 2 pagi. Bila dapat tempat terus ditolak ke LR....dan....semasa sedang ditolak ke LR baby dah tak sabar nak keluar...rasa nak meneran sangat-sangat....puas ibu tahan. Sudahnye terteran jugak....tak sempat lagi tukar ke katil LR. Bila dah tak sakit nurse suruh cepat-cepat bergerak tukar ke katil LR...masa tu semua kat situ dah nampak KEPALA BABY termasuk abah.  Ibu tahu sebab abah la terus cakap 'eh kepala baby dah nampak!' hehehe excited letuw.

Push yang pertama tak berjaya sebab tangan pegang tangan abah jadi tolakan di perut kureng....push yang kedua tangan pegang di pergelangan kaki, ALHAMDULILLAH dengan sehabis daya ibu push dan tepat 2.21 pagi terdengar lah suara si comel ibu ni menangis. Nurse terus tunjuk bibird dan letak atas dada sekejap sebelum diambil untuk dibersihkan dan ditimbang. LEGA!

Bayi comel kami diberi nama MUHAMMAD QAISER AZFAR BIN MOHD TASYRIF yang bermaksud Muhammad Pemimpin/Raja yang berjaya. Kali ni ibu yang pilih nama, Nama dipilih sejak dari kandungan dah confirm nampak 'bibird' hehehe

Hari Pertama Melihat Dunia 18/04/14 baby SHAKLEE!

TERIMA KASIH ALLAH atas nikmat anugerah ini sekali lagi dan memperkenankan untuk dipermudahkan segala-galanya. Sepanjang hamilkan Qaiser, Ibu amalkan pengambilan supplement shaklee ESP, Mealshakes, Vitamin C, Vitalea, B-complex makan kadang-kadang je sebab tak tahan bau dia...sebelum preggy ok je, bila preggy tak boleh telan langsung.  Sebab tu ibu ambil Mealshake dan Vitalea untuk gantikan balik b-complex yang kurang. Vitamin klinik ibu langsung tak ambil sebiji pun, ibu jujur bagitau nurse yang ibu nak makan shaklee saja. nurse pun ok.

Semoga amanah ini membesar sebagai seorang PEMIMPIN YANG BERJAYA kelak. Ibu sayang adik.

Lain pulak muka bila dah makin besar....Qaiser 3 bulan.


Nantikan ceritera semasa berpantang pula.........tatatititutu


Tuesday, 3 September 2013

8 MENU MAKANAN SEHARIAN YANG MEMBANTU KESUBURAN

Salam Sejahtera

Setelah memilih pasangan hidup semestinya mempunyai keinginan ingin mempunyai anak sendiri. Persediaan mental dan fizikal sangat penting dalam perancangan menggalas perancangan sebagai ibu dan bapa. Perubahan gaya pemakanan bagi wanita juga semestinya berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat sebagai persediaan untuk hamil.

Meskipun, pengambilan makanan sihat sahaja tidak mencukupi, terutamanya kepada pasangan yang sukar untuk hamil. Namun, terdapat banyak jenis menu yang boleh dimakan sebagai rutin seharian yang telah terbukti dapat meningkatkan kesuburan. Jom kita semak!


1# YOGURT, SUSU, AIS KRIM, DAN KEJU.
 

*Dalam kehidupan seharian, kalsium merupakan nutrisi yang sangat penting bagi wanita termasuk ketika merancang untuk hamil. Ibu hamil telah cukup banyak memahami bahawa kalsium bermanfaat untuk perkembangan tulang bayi dan juga memenuhi keperluan kalsium tubuh mereka sendiri. Jadi sama situasinya jika wanita dalam persediaan untuk hamil supaya dapat membantu meningkatkan kesuburan. Khasiat kalsium dapat diperoleh dari makanan yang kaya akan lemak susu, misalnya yogurt, susu, ais krim, dan juga keju.

*Selain bermanfaat membantu memperkuat tulang, kalsium juga membantu fungsi organ reproduksi agar lebih efisyen. Meskipun kaitan antara susu dan peningkatan kesuburan masih belum difahami. Namun para ahli telah menemui banyak manfaat dari khasiat kalsium tinggi bagi kesihatan reproduksi. Seorang wanita yang sedang merancang untuk cepat hamil seharusnya memenuhi lebih kurang 1000 miligram kalsium setiap hari, atau bersamaan dengan 8 gelas susu.


2# KARBOHIDRAT KOMPLEX


*Beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang berusaha mengelakkan diri dengan karbohidrat kerana diangkap boleh menambah saiz lilit pinggang. Anggapan itu bertujuan untuk menjaga berat badan agar tetap ideal. Tapi sebenarnya, karbohidrat tidak semuanya diciptakan sama.


*Makanan yang mengandungi karbohidrat seperti bijian boleh membantu meningkatkan kesuburan. Ia berbeza dengan karbohidrat yang ditemui dalam nasi putih atau roti yang telah diproses.

*Ketika anda mengambil karbohidrat dari makanan yang telah diproses, maka kandungan gula dalam darah serta insulin meningkat sehingga mengganggu fungsi hormon reproduksi. Akibatnya, pembuahan menjadi tertunda.

3# SAYUR DAN BUAH-BUAHAN BERWARNA CERAH

*Sayur dan buah-buahan merupakan sumber vitamin yang sangat tinggi untuk wanita dan lelaki. Selain kaya nutrisi, vitamin, dan mineral, sayur dan buah-buahan mengandungi fitokimia dan antioksidan yang dapat membantu menangkal radikal bebas.

*Bila badan banyak mengandungi radikal bebas, maka boleh menimbulkan masalah besar terhadap kesihatan termasuk lah gangguan hormon reproduksi.

*Dinasihatkan agar memilih sayur dan buah-buahan yang berwarna cerah sebanyak mungkin kerana semakin cerah warnanya, maka lebih banyak vitamin di dalam sayur dan buah-buahan tersebut.

*Jauhi jenis sayur dan buah-buahan yang mengandungi bahan pengawet dan pemanis buatan. (contoh; jeruk buah)

#4 DAGING AYAM

*Daging ayam mengandungi zat besi dan juga protein yang sangat tinggi. Nutrisi ini sangat diperlukan oleh wanita yang merancang untuk hamil ataupun sudah hamil.

*Menurut kajian, wanita mempunyai kemungkinan untuk mandul jika kekurangan zat besi berbanding yang mempunyai cukup zat besi.

*Pastikan memilih daging ayam yang diproses dengan cara sihat seperti dipanggang. Hindari daging ayam yang digoreng atau proses lain sehingga mengandungi lemak tinggi.

#5 TELUR
*Telur kaya dengan nutrisi dan vitamin penting seperti kolin dan protein. Ramai yang tidak sedar bahawa telur adalan makanan yang boleh meningkatkan kesihatan organ reproduksi.

*Kolin sangat diperlukan baik sebelum kehamilan atau saat kehamilan, kerana manfaatnya yang dapat membuat tubuh mampu menyerap asid folic. Asid folic adalah vitamin asas selama prakonsepsi dan awal kehamilan bagi mencegah kecacatan bayi.

*Mengambil sebiji telur sehari, boleh meningkatkan kadar kolin yang memadai untuk menyerap asid folic sebanyak 2 kali ganda.

#6 SAYUR-SAYURAN BERWARNA HIJAU

*Selain antioksidan yang terkandung dalam sayuran hijau seperti kangkung dan bayam, sayur juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting untuk wanita agar kitaran haid tetap lancar.  Kebanyakan wanita yang kitaran haidnya tidak teratur adalah disebabkan kurangkan zat besi dalam badan.

*Oleh itu, masukkan sayur-sayuran hijau ke dalam menu seharian anda supaya dapat membantu kadar zat besi yang diperlukan.

#7 BIJIAN DAN KEKACANG
*Bijian dan kekacang lebih lambat untuk dicerna oleh tubuh, sehingga mengatur kadar insulin dan meningkatkan ovulasi. Selain itu, bijian dan kekacang juga mengandungi omega 3, asid lemak yang mempunyai kesan langsung terhadap tahap hormon seseorang.

*Bijian dan kekacang mampu menghilangkan radikal bebas kerana kandungan antioksidannya yang sangat tinggi. Oleh itu, kekebalan tubuh semakin meningkat dan dapat mengurangkan risiko tubuh wanita untuk menyerang sel sperma lelaki.

#8 MINYAK ZAITUN
*Omega 3 dipercayai dapat memberi kesan yang sangat besar bagi peningkatan kesuburan, biasanya omega 3 ini boleh ditemui dalam minyak zaitun.

*Penelitian menunjukkan bahawa pengambilan omega 3 yang cukup benar-benar mampu meningkatkan kualiti sel telur dan sel sperma.
sumber: caraagarcepathamil.info

Thursday, 15 August 2013

TESTIMONI MEALSHAKES & OMEGA GUARD

TESTIMONI MEALSHAKES & OMEGA GUARD

“Saya sendiri bagi MEALSHAKES & OMEGA awal JANUARY 2013 kpd anak saya…utk keperluan nutrisi dia sebab kadang2 saya tak sempat nak masak makanan yg berkhasiat jadi saya gantikan MEALSHAKES sebagai pelengkap vitamins seharian yg perlu ada dalam badan utk dia membesar dengan sempurna.” 

“Sekarang dia jarang demam dan selsema, selera makan pun ada je, walaupun kdg2 memilih juga bila sesuatu mknn tu dia tak suka, tp sy xbimbang sbb dgn MEALSHAKES dia dah dpt khasiat yg dia tak dapat dari makanan.”

"Pada usia 18bulan, dia dah boleh kenal banyak benda disekelilingnya dan pandai menyebutnya beberapa perkataan api, air, car, lori, abah, dan banyak lagi dan yang paling best! dia dah pandai panggil IBU...sukenye saya masa first time dengar tu hanya Allah yang tahu.syukur. sekarang kalau nampak makanan atau orang tengah makan mesti dia sebut "mam" kalau nak minum dia sebut "air"....klau tak dulu suruh makan lari! klau kena paksa nanti muka macam dalam gambar tu lah! hahahah"

"Sekarang Qayyum dah berusia 21bulan (1y9m), ibu masih tetap teruskan berikan MEALSHAKES dan OMEGA untuk dia, baru semalam dia demam, sebelum ni 2bulan lepas kot, xingat sangat sebab dia jarang demam & selsema, mungkin lepas musim2 raya ni macam2 yang diminum dan makan, perlu jugak untuk demam kan, harini dah nampak sihat, saya prasan bila dia demam sekarang pun tak la macam dulu lama...dan asyik merengek.skrang walaupun demam, muka hepi, siap boleh ketawa, gurau2, selera macam biasa, cuma tak la terlalu aktif, dah nama pun demam kan"

amboi panjang lak aih testimoni kali ni...maklumlah ikhlas dari hati. SEMOGA ANAK IBU SIHAT DAN BIJAK hendaknya. In Shaa Allah.

*BAGI IBU BAPA YANG PUNYA MASALAH SEPERTI ANAK SAYA NI BOLEH LA CUBA MEALSHAKES & OMEGA GUARD SHAKLEE yang dijamin halal dan semulajadi, yang penting ia berkesan!Alhamdulillah...


HUBUNGI SAYA UNTUK SAYA BANTU ANDA ^_^


Sunday, 4 August 2013

5 TIPS UNTUK MENAMBAH KESUBURAN

Pada lumrahnya...tahap kesuburan seseorang memungkinkan untuk anda mudah peroleh zuriat atau pun tidak. Tapi secara terang/fizikalnya kita tak pasti tahap kesuburan kita ni macam mana...melainkan kita buat pemeriksaan kesuburan. Jadi apa kata, kita gunakan sekeliling kita ini untuk menambah kesuburan...tak rugi kan kalau buat...sekurang-kurangnya ini salah satu cara untuk kita menjadi lebih sihat!

Ketidaksuburan boleh berlaku sama ada pada isteri atau suami atau kedua-duanya. Tips ini lebih difokuskan kepada isteri, namun suami juga boleh mencuba mana yang bersesuaian.

5 TIPS UNTUK MENAMBAH KESUBURAN

1. JAGA BERAT BADAN 
# Terlalu gemuk atau terlalu kurus dapat menimbulkan gangguan proses ovulasi.  Mengikut kajian, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17 hingga 21 peratus agar dapat ovulasi secara teratur.
# Wanita kurus atau kegemukan yang serius menjadikan haidnya tidak teratur, justeru itu memperbaiki berat badan dapat menjadikan haid lebih teratur dan subur.

2. PILIHLAH MAKANAN ORGANIK (sayur & buah)
# Harus biasakan diri memakan sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang segar kerana makanan organik dapat membantu mengelakkan anda dari mendapat zat-zat yang berbahaya.  Zat-zat yang berbahaya ini adalah penyebab anda sukar hamil.
# Sangat disarankan untuk menghindari makanan segera (kfc, pizza hut, mc donald).
# Sebolehnya jangan mengambil makanan yang mengandungi pemanis tiruan, pewarna, dan bahan pengawet.
# Sangat digalakkan mengambil sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam yang sangat membantu bagi wanita yang ingin cepat hamil kerana sayur-sayuran ini mengandungi antioksidan, zat besi dan asid folic yang dapat mempertahankan organ reproduksi. (makanansehatuntukpromildandiet12)

3. PERBAIKI POLA PEMAKANAN SEIMBANG
# Kekurangan sejumlah vitamin dan mineral akan mengurangkan kesuburan. Vitamin C, E dan B Kompleks (terutama B6) sangat penting bagi pembentukan hormon.
# Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral serta kekacang yang mengandungi lemak essensi seperti kacang tanah.
# Makanlah dengan pola makan seimbang dalam komposisi protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang.
# Makanan yang terlalu banyak lemak akan menyumbang kepada gangguan keseimbangan hormon tubuh.

4. KURANGKAN STRESS
# Kurangkan berfikir yang membebankan kepala yang boleh menyebabkan anda stress.
# Jika stress banyakkan beriadah, berehat dan bersukan.
# Stress boleh mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dalam badan dan menyukarkan ovulasi.

5. PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT)
# Pengambilan suplemen yang bersesuaian mampu meningkatkan kesihatan seseorang dan seterusnya dapat meningkatkan tahap kesuburan seseorang.
# Suplemen yang diambil perlulah mendapat konsultasi pemakanan yang betul untuk mendapat keputusan yang diinginkan.
# Sebagai cadangan anda boleh memberi kepercayaan anda kepada rangkaian suplemen SHAKLEE yang terdiri daripada set kesuburan (vitalea multivitamin, bcomplex, vitamin c, vitamin e, zinc complex, gla complex, alfalfa dan ESP).
# Tak perlu bimbang. Anda tak perlu ambil kesemuanya. Dapatkan konsultasi dari saya dan saya akan bimbing anda dalam pemilihan suplemen yang betul.

(majalahkesehatan.com)

****************************************************************
Inilah antara tips kesihatan kesuburan yang boleh di amalkan....semoga usaha anda tidak sia-sia dalam mendapat zuriat yang dinanti dengan izin-Nya.