Pada lumrahnya...tahap kesuburan seseorang memungkinkan untuk anda mudah peroleh zuriat atau pun tidak. Tapi secara terang/fizikalnya kita tak pasti tahap kesuburan kita ni macam mana...melainkan kita buat pemeriksaan kesuburan. Jadi apa kata, kita gunakan sekeliling kita ini untuk menambah kesuburan...tak rugi kan kalau buat...sekurang-kurangnya ini salah satu cara untuk kita menjadi lebih sihat!
Ketidaksuburan boleh berlaku sama ada pada isteri atau suami atau kedua-duanya. Tips ini lebih difokuskan kepada isteri, namun suami juga boleh mencuba mana yang bersesuaian.
5 TIPS UNTUK MENAMBAH KESUBURAN
1. JAGA BERAT BADAN
# Terlalu gemuk atau terlalu kurus dapat menimbulkan gangguan proses ovulasi. Mengikut kajian, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17 hingga 21 peratus agar dapat ovulasi secara teratur.
# Wanita kurus atau kegemukan yang serius menjadikan haidnya tidak teratur, justeru itu memperbaiki berat badan dapat menjadikan haid lebih teratur dan subur.
2. PILIHLAH MAKANAN ORGANIK (sayur & buah)
# Harus biasakan diri memakan sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang segar kerana makanan organik dapat membantu mengelakkan anda dari mendapat zat-zat yang berbahaya. Zat-zat yang berbahaya ini adalah penyebab anda sukar hamil.
# Sangat disarankan untuk menghindari makanan segera (kfc, pizza hut, mc donald).
# Sebolehnya jangan mengambil makanan yang mengandungi pemanis tiruan, pewarna, dan bahan pengawet.
# Sangat digalakkan mengambil sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam yang sangat membantu bagi wanita yang ingin cepat hamil kerana sayur-sayuran ini mengandungi antioksidan, zat besi dan asid folic yang dapat mempertahankan organ reproduksi. (makanansehatuntukpromildandiet12)
3. PERBAIKI POLA PEMAKANAN SEIMBANG
# Kekurangan sejumlah vitamin dan mineral akan mengurangkan kesuburan. Vitamin C, E dan B Kompleks (terutama B6) sangat penting bagi pembentukan hormon.
# Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral serta kekacang yang mengandungi lemak essensi seperti kacang tanah.
# Makanlah dengan pola makan seimbang dalam komposisi protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang.
# Makanan yang terlalu banyak lemak akan menyumbang kepada gangguan keseimbangan hormon tubuh.
4. KURANGKAN STRESS
# Kurangkan berfikir yang membebankan kepala yang boleh menyebabkan anda stress.
# Jika stress banyakkan beriadah, berehat dan bersukan.
# Stress boleh mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dalam badan dan menyukarkan ovulasi.
5. PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT)
# Pengambilan suplemen yang bersesuaian mampu meningkatkan kesihatan seseorang dan seterusnya dapat meningkatkan tahap kesuburan seseorang.
# Suplemen yang diambil perlulah mendapat konsultasi pemakanan yang betul untuk mendapat keputusan yang diinginkan.
# Sebagai cadangan anda boleh memberi kepercayaan anda kepada rangkaian suplemen SHAKLEE yang terdiri daripada set kesuburan (vitalea multivitamin, bcomplex, vitamin c, vitamin e, zinc complex, gla complex, alfalfa dan ESP).
# Tak perlu bimbang. Anda tak perlu ambil kesemuanya. Dapatkan konsultasi dari saya dan saya akan bimbing anda dalam pemilihan suplemen yang betul.
(majalahkesehatan.com)
****************************************************************
Inilah antara tips kesihatan kesuburan yang boleh di amalkan....semoga usaha anda tidak sia-sia dalam mendapat zuriat yang dinanti dengan izin-Nya.
No comments:
Post a Comment