Tuesday, 3 September 2013

8 MENU MAKANAN SEHARIAN YANG MEMBANTU KESUBURAN

Salam Sejahtera

Setelah memilih pasangan hidup semestinya mempunyai keinginan ingin mempunyai anak sendiri. Persediaan mental dan fizikal sangat penting dalam perancangan menggalas perancangan sebagai ibu dan bapa. Perubahan gaya pemakanan bagi wanita juga semestinya berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat sebagai persediaan untuk hamil.

Meskipun, pengambilan makanan sihat sahaja tidak mencukupi, terutamanya kepada pasangan yang sukar untuk hamil. Namun, terdapat banyak jenis menu yang boleh dimakan sebagai rutin seharian yang telah terbukti dapat meningkatkan kesuburan. Jom kita semak!


1# YOGURT, SUSU, AIS KRIM, DAN KEJU.
 

*Dalam kehidupan seharian, kalsium merupakan nutrisi yang sangat penting bagi wanita termasuk ketika merancang untuk hamil. Ibu hamil telah cukup banyak memahami bahawa kalsium bermanfaat untuk perkembangan tulang bayi dan juga memenuhi keperluan kalsium tubuh mereka sendiri. Jadi sama situasinya jika wanita dalam persediaan untuk hamil supaya dapat membantu meningkatkan kesuburan. Khasiat kalsium dapat diperoleh dari makanan yang kaya akan lemak susu, misalnya yogurt, susu, ais krim, dan juga keju.

*Selain bermanfaat membantu memperkuat tulang, kalsium juga membantu fungsi organ reproduksi agar lebih efisyen. Meskipun kaitan antara susu dan peningkatan kesuburan masih belum difahami. Namun para ahli telah menemui banyak manfaat dari khasiat kalsium tinggi bagi kesihatan reproduksi. Seorang wanita yang sedang merancang untuk cepat hamil seharusnya memenuhi lebih kurang 1000 miligram kalsium setiap hari, atau bersamaan dengan 8 gelas susu.


2# KARBOHIDRAT KOMPLEX


*Beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang berusaha mengelakkan diri dengan karbohidrat kerana diangkap boleh menambah saiz lilit pinggang. Anggapan itu bertujuan untuk menjaga berat badan agar tetap ideal. Tapi sebenarnya, karbohidrat tidak semuanya diciptakan sama.


*Makanan yang mengandungi karbohidrat seperti bijian boleh membantu meningkatkan kesuburan. Ia berbeza dengan karbohidrat yang ditemui dalam nasi putih atau roti yang telah diproses.

*Ketika anda mengambil karbohidrat dari makanan yang telah diproses, maka kandungan gula dalam darah serta insulin meningkat sehingga mengganggu fungsi hormon reproduksi. Akibatnya, pembuahan menjadi tertunda.

3# SAYUR DAN BUAH-BUAHAN BERWARNA CERAH

*Sayur dan buah-buahan merupakan sumber vitamin yang sangat tinggi untuk wanita dan lelaki. Selain kaya nutrisi, vitamin, dan mineral, sayur dan buah-buahan mengandungi fitokimia dan antioksidan yang dapat membantu menangkal radikal bebas.

*Bila badan banyak mengandungi radikal bebas, maka boleh menimbulkan masalah besar terhadap kesihatan termasuk lah gangguan hormon reproduksi.

*Dinasihatkan agar memilih sayur dan buah-buahan yang berwarna cerah sebanyak mungkin kerana semakin cerah warnanya, maka lebih banyak vitamin di dalam sayur dan buah-buahan tersebut.

*Jauhi jenis sayur dan buah-buahan yang mengandungi bahan pengawet dan pemanis buatan. (contoh; jeruk buah)

#4 DAGING AYAM

*Daging ayam mengandungi zat besi dan juga protein yang sangat tinggi. Nutrisi ini sangat diperlukan oleh wanita yang merancang untuk hamil ataupun sudah hamil.

*Menurut kajian, wanita mempunyai kemungkinan untuk mandul jika kekurangan zat besi berbanding yang mempunyai cukup zat besi.

*Pastikan memilih daging ayam yang diproses dengan cara sihat seperti dipanggang. Hindari daging ayam yang digoreng atau proses lain sehingga mengandungi lemak tinggi.

#5 TELUR
*Telur kaya dengan nutrisi dan vitamin penting seperti kolin dan protein. Ramai yang tidak sedar bahawa telur adalan makanan yang boleh meningkatkan kesihatan organ reproduksi.

*Kolin sangat diperlukan baik sebelum kehamilan atau saat kehamilan, kerana manfaatnya yang dapat membuat tubuh mampu menyerap asid folic. Asid folic adalah vitamin asas selama prakonsepsi dan awal kehamilan bagi mencegah kecacatan bayi.

*Mengambil sebiji telur sehari, boleh meningkatkan kadar kolin yang memadai untuk menyerap asid folic sebanyak 2 kali ganda.

#6 SAYUR-SAYURAN BERWARNA HIJAU

*Selain antioksidan yang terkandung dalam sayuran hijau seperti kangkung dan bayam, sayur juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting untuk wanita agar kitaran haid tetap lancar.  Kebanyakan wanita yang kitaran haidnya tidak teratur adalah disebabkan kurangkan zat besi dalam badan.

*Oleh itu, masukkan sayur-sayuran hijau ke dalam menu seharian anda supaya dapat membantu kadar zat besi yang diperlukan.

#7 BIJIAN DAN KEKACANG
*Bijian dan kekacang lebih lambat untuk dicerna oleh tubuh, sehingga mengatur kadar insulin dan meningkatkan ovulasi. Selain itu, bijian dan kekacang juga mengandungi omega 3, asid lemak yang mempunyai kesan langsung terhadap tahap hormon seseorang.

*Bijian dan kekacang mampu menghilangkan radikal bebas kerana kandungan antioksidannya yang sangat tinggi. Oleh itu, kekebalan tubuh semakin meningkat dan dapat mengurangkan risiko tubuh wanita untuk menyerang sel sperma lelaki.

#8 MINYAK ZAITUN
*Omega 3 dipercayai dapat memberi kesan yang sangat besar bagi peningkatan kesuburan, biasanya omega 3 ini boleh ditemui dalam minyak zaitun.

*Penelitian menunjukkan bahawa pengambilan omega 3 yang cukup benar-benar mampu meningkatkan kualiti sel telur dan sel sperma.
sumber: caraagarcepathamil.info

Thursday, 15 August 2013

TESTIMONI MEALSHAKES & OMEGA GUARD

TESTIMONI MEALSHAKES & OMEGA GUARD

“Saya sendiri bagi MEALSHAKES & OMEGA awal JANUARY 2013 kpd anak saya…utk keperluan nutrisi dia sebab kadang2 saya tak sempat nak masak makanan yg berkhasiat jadi saya gantikan MEALSHAKES sebagai pelengkap vitamins seharian yg perlu ada dalam badan utk dia membesar dengan sempurna.” 

“Sekarang dia jarang demam dan selsema, selera makan pun ada je, walaupun kdg2 memilih juga bila sesuatu mknn tu dia tak suka, tp sy xbimbang sbb dgn MEALSHAKES dia dah dpt khasiat yg dia tak dapat dari makanan.”

"Pada usia 18bulan, dia dah boleh kenal banyak benda disekelilingnya dan pandai menyebutnya beberapa perkataan api, air, car, lori, abah, dan banyak lagi dan yang paling best! dia dah pandai panggil IBU...sukenye saya masa first time dengar tu hanya Allah yang tahu.syukur. sekarang kalau nampak makanan atau orang tengah makan mesti dia sebut "mam" kalau nak minum dia sebut "air"....klau tak dulu suruh makan lari! klau kena paksa nanti muka macam dalam gambar tu lah! hahahah"

"Sekarang Qayyum dah berusia 21bulan (1y9m), ibu masih tetap teruskan berikan MEALSHAKES dan OMEGA untuk dia, baru semalam dia demam, sebelum ni 2bulan lepas kot, xingat sangat sebab dia jarang demam & selsema, mungkin lepas musim2 raya ni macam2 yang diminum dan makan, perlu jugak untuk demam kan, harini dah nampak sihat, saya prasan bila dia demam sekarang pun tak la macam dulu lama...dan asyik merengek.skrang walaupun demam, muka hepi, siap boleh ketawa, gurau2, selera macam biasa, cuma tak la terlalu aktif, dah nama pun demam kan"

amboi panjang lak aih testimoni kali ni...maklumlah ikhlas dari hati. SEMOGA ANAK IBU SIHAT DAN BIJAK hendaknya. In Shaa Allah.

*BAGI IBU BAPA YANG PUNYA MASALAH SEPERTI ANAK SAYA NI BOLEH LA CUBA MEALSHAKES & OMEGA GUARD SHAKLEE yang dijamin halal dan semulajadi, yang penting ia berkesan!Alhamdulillah...


HUBUNGI SAYA UNTUK SAYA BANTU ANDA ^_^


Sunday, 4 August 2013

5 TIPS UNTUK MENAMBAH KESUBURAN

Pada lumrahnya...tahap kesuburan seseorang memungkinkan untuk anda mudah peroleh zuriat atau pun tidak. Tapi secara terang/fizikalnya kita tak pasti tahap kesuburan kita ni macam mana...melainkan kita buat pemeriksaan kesuburan. Jadi apa kata, kita gunakan sekeliling kita ini untuk menambah kesuburan...tak rugi kan kalau buat...sekurang-kurangnya ini salah satu cara untuk kita menjadi lebih sihat!

Ketidaksuburan boleh berlaku sama ada pada isteri atau suami atau kedua-duanya. Tips ini lebih difokuskan kepada isteri, namun suami juga boleh mencuba mana yang bersesuaian.

5 TIPS UNTUK MENAMBAH KESUBURAN

1. JAGA BERAT BADAN 
# Terlalu gemuk atau terlalu kurus dapat menimbulkan gangguan proses ovulasi.  Mengikut kajian, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17 hingga 21 peratus agar dapat ovulasi secara teratur.
# Wanita kurus atau kegemukan yang serius menjadikan haidnya tidak teratur, justeru itu memperbaiki berat badan dapat menjadikan haid lebih teratur dan subur.

2. PILIHLAH MAKANAN ORGANIK (sayur & buah)
# Harus biasakan diri memakan sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang segar kerana makanan organik dapat membantu mengelakkan anda dari mendapat zat-zat yang berbahaya.  Zat-zat yang berbahaya ini adalah penyebab anda sukar hamil.
# Sangat disarankan untuk menghindari makanan segera (kfc, pizza hut, mc donald).
# Sebolehnya jangan mengambil makanan yang mengandungi pemanis tiruan, pewarna, dan bahan pengawet.
# Sangat digalakkan mengambil sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam yang sangat membantu bagi wanita yang ingin cepat hamil kerana sayur-sayuran ini mengandungi antioksidan, zat besi dan asid folic yang dapat mempertahankan organ reproduksi. (makanansehatuntukpromildandiet12)

3. PERBAIKI POLA PEMAKANAN SEIMBANG
# Kekurangan sejumlah vitamin dan mineral akan mengurangkan kesuburan. Vitamin C, E dan B Kompleks (terutama B6) sangat penting bagi pembentukan hormon.
# Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral serta kekacang yang mengandungi lemak essensi seperti kacang tanah.
# Makanlah dengan pola makan seimbang dalam komposisi protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang.
# Makanan yang terlalu banyak lemak akan menyumbang kepada gangguan keseimbangan hormon tubuh.

4. KURANGKAN STRESS
# Kurangkan berfikir yang membebankan kepala yang boleh menyebabkan anda stress.
# Jika stress banyakkan beriadah, berehat dan bersukan.
# Stress boleh mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dalam badan dan menyukarkan ovulasi.

5. PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT)
# Pengambilan suplemen yang bersesuaian mampu meningkatkan kesihatan seseorang dan seterusnya dapat meningkatkan tahap kesuburan seseorang.
# Suplemen yang diambil perlulah mendapat konsultasi pemakanan yang betul untuk mendapat keputusan yang diinginkan.
# Sebagai cadangan anda boleh memberi kepercayaan anda kepada rangkaian suplemen SHAKLEE yang terdiri daripada set kesuburan (vitalea multivitamin, bcomplex, vitamin c, vitamin e, zinc complex, gla complex, alfalfa dan ESP).
# Tak perlu bimbang. Anda tak perlu ambil kesemuanya. Dapatkan konsultasi dari saya dan saya akan bimbing anda dalam pemilihan suplemen yang betul.

(majalahkesehatan.com)

****************************************************************
Inilah antara tips kesihatan kesuburan yang boleh di amalkan....semoga usaha anda tidak sia-sia dalam mendapat zuriat yang dinanti dengan izin-Nya.




Wednesday, 31 July 2013

SET KESUBURAN




SET KESUBURAN SHAKLEE

Supplement adalah salah satu IKHTIAR untuk anda peroleh CAHAYAMATA yang diidam selain berikhtiar dengan cara lain kerana tubuh badan yang sihat memungkinkan anda untuk MUDAH HAMIL! Rangkaian produk SHAKLEE antaranya dapat meningkatkan kesuburan bagi suami dan isteri.

SET LENGKAP KESUBURAN MENGANDUNGI; (1-4bulan penggunaan)
1) Set Asas: Vitalea (multivitamin), B Complex, Vitamin C (500mg@100mg)
2) Set Isteri: GLA Complex, Alfalfa, ESP
3) Set Suami: Zinc, Vitamin E
(*vitalea: tidak boleh diambil oleh pesakit thalasemia)

(*SET LENGKAP = 1+2+3)


KEISTIMEWAAN SETIAP PRODUK DARI SEGI KESUBURAN

1) GLA COMPLEX (UNTUK ISTERI)
* Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur.
* Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)".
*  Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). 
* Cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio
* Membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

2) ALFALFA
* Alfalfa sangat baik diamalkan oleh wanita, untuk membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium).
* Turut membantu dalam hubungan suami isteri yg biasanya ‘kering’ ketika bersama (bertindak seperti Kacip Fatimah).

3) ESP
* Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting
* Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel.
* Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.
* Mengenyangkan dan membantu membakar 35% kalori dalam badan (bagus untuk bakal IBU yg nak kurus)
* Memberi tenaga dan mencantikkan kulit bakal IBU.
* BONUSSS!!! Menganjalkan payudara yang kendur.

4) ZINC (UNTUK SUAMI)
* Sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone.
*Bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.
* Berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid)
* Membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.
* Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

5) VITAMIN E
* Membantu meningkatkan pergerakan sperma dan kualiti sperma
* Mengurangkan kecacatan sperma dalam lelaki, yang boleh membawa kepada kurang risiko kecacatan kelahiran atau keguguran
* Antioksidan yang kuat membersihkan radikal bebas yg merosakkan sel & melindungi sperma.

Ini antara supplement untuk kesuburan, tapi perlu diingat KITA HANYA MERANCANG, TUHAN JUA YANG MENENTUKAN….yang penting USAHA, DOA, TAWAKAL harus selari.

JADILAH 100 YANG TERAWAL UNTUK DAPAT HARGA ISTIMEWA!

=====================================================
UNTUK ORDER;
SMS/WhatsApp “SAYA MAHU” ke 017 655 1747 (INTAN)
=====================================================

SHAKLEE
Sentiasa Selamat
Sentiasa Semulajadi
Sentiasa Berkesan
100% halal
Kelulusan KKM


Friday, 19 July 2013

TIROID

*sebagai rujukan diri dan anda semua.


APA ITU TIROID?

TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. 
  • Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). 
  • Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
  •  Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.
  • Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb.
  • T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang.
  • Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.
  • Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.
    • TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus.
    • TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. 
    • TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

SIAPA YANG BERISIKO?

Antara yang berisiko menghidap penyakit ini ialah : 
  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Perokok

DIAGNOSIS PENYAKIT TIROID
Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga rungutan tertentu yang boleh digunakan untuk diagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.
Leher perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan.
Kulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu badan serta berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid.

TIROID KETIKA HAMIL?
Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.
Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubatnya secara berkala di samping ujian darah dan juga ujian-ujian lain yang difikirkan perlu.
Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit-pesakit semasa mengandung. Ada juga sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin.
Ini dipanggil sebagai postpartum tiroiditis. Lazimnya paras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke paras normal dengan pantas. Namun, ada segelintir daripada ibu terbabit yang mungkin akan mengalami hipotiroidisma pada masa hadapan.

Perlu ditegaskan di sini bahawa ujian pengesanan ataupun ujian darah hormon-hormon tiroid bukan merupakan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.


JENIS-JENIS PENYAKIT TIROID

Jenis penyakit tiroid utama 

1.Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis  (HYPER)

  • Hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. 
  • Antara penyebab penyakit ini ialah :
    • Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan 
    • Thyroiditis (tiroid bengkak). biasanya keadaan ini bisa pulih dengan sendirinya 
    • Toxic nodule goiter. Terlalu banyak iodin di dalam makanan 
  • Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme: 
    • Bengkak di leher 
    • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar 
    • Gementar dan gelisah, terketar-ketar 
    • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang 
    • Kesuburan turun 
    • Penumpuan kurang 
    • Mata menjadi besar (bulging) 
    • bad mood 
    • Kejang otot 
    • Oesteoporosis (kereputan tulang) 
    • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. 
    • Kulit lembap
    • Suhu badan naik, tak tahan panas
    • Rambut rontok
    • Sukar bernafas
    • Sukar tidur
    • Tekanan darah naik
    • Turun berat badan walaupun selera naik
    • Lemah

2.Hypothyroidism (HYPO) 
  • Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup
  • Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism Badan rasa lemah
    • Daya ingatan menurun
    • Hilang indera rasa dan bau
    • Kadar pengepaman jantung perlahan
    • Kulit jadi kuning – lesu, pucat
    • Kulit kering
    • Masalah kesuburan
    • Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
    • Muscle cramp dan bengkak
    • Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period)
    • Percakapan lambat
    • Pertambahan berat badan
    • Rambut rontok
    • Rasa mengantuk
    • Rendah nafsu seks
    • Sakit kepala
    • Sembelit
    • Suara menjadi serak
    • Tak tahan sejuk
(SUMBER: http://suplemen-thyroid.blogspot.com DAN http:/ /mybiovco.wordpress.com)


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU?

Untuk yang jenis HYPER
  • ESP 
  • VIVIX 
Untuk yang jenis HYPO
  • Vitalea
  • Vitamin E Complex 
  • Omega
  • Bcomplex



1) ESP 
  • Mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
  • Kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
  • Ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid
  • Boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)






2) VITA-LEA IRON FORMULA 
  • Multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hipotiroidisme iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink
  • Sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme)
  • Vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
  • Vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
  • Zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)





3) VITA-E COMPLEX 
  • Kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi
  • Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
  • Vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)

(SUMBER: http:/ /munirahazam.blogspot.com)


#SILA HUBUNGI SAYA UNTUK SAYA BANTU ANDA (KONSULTASI DAN MAKLUMAT LANJUT)
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR: INTAN [ID 890669]
SMS/WHATSAPP: 017 655 1747