Pernah suatu ketika sy di tanya mengenai G6PD...hah?! apa tu? first time dengar...hihi then apa lagi..gugel la...zaman sekarang kan semua dihujung jari anda. Okeh, info yg sy dapat sy kongsikan di sini..buat rujukan masa akan datang kan....jom baca sesama!
APA ITU G6PD?
Kata penuhnya adalah "Glucose 6 Phosphate 'hydrogenese". Ia adalah sejenis enzim dalam sel darah merah.
FUNGSINYA?
Ia akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal. Jadi, fahamlah di sini bahawa...kekurangan enzim ini yg akan menjadi penyebab kpd penyakit2 yg dihadapi.
*Semasa bersalin 'sample' dan tali pusat bayi akan dihantar untuk pemeriksaan G6PD di makmal. Jadi, sekiranya didapati bayi itu kekurangan G6PD, anda akan segera dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa anak anda masuk ke wad utk pemerhatian. Anak anda dikehendaki tinggal di wad sehingga berumur 10 hari. Permerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh mendapat kuning (Jaundice) dgn serta merta. Bayi hanya akan dibenarkan pulang setelah dikenalpasti tiada sebarang masalah-masalah lain.
APAKAH YG PERLU DIELAKKAN BG PENGIDAP KEKURANGAN G6PD?
Elakkan anak anda dari bahan2 yg boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah spt:
- Memberi ubat2 sendiri tanpa arahan doktor
- Ubat gegat
- Ubat2 tradisional, jamu atau ubat sinseh
- Minyak gosok
- Kacang parang
*sila pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yg tdk dibenarkan diberi kpd bayi yg mengidap G6PD sebelum pulang.
SILA PASTIKAN ~ setiap kali membawa anak anda untuk berjumpa doktor, sila bawa sekali senari ubat dan tunjukkan kpd doktor yg berkenaan, serta maklumkan bahawa anak anda kekurangan G6PD.
APA YG BERLAKU JIKA TERMAKAN MAKANAN ATAU UBAT2 TERSEBUT?
- Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dgn cepat
- Bayi akan mendapat Jaundice
- Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
- Demam dan pucat
BOLEHKAH BAGI SESEORANG YG KEKURANGAN G6PD HIDUP SECARA NORMAL?
Secara am nya kekurangan G6PD adalah bukan penyakit, ia adalah kekurangan atau kecacatan enzim dalam sel darah merah, jadi mereka boleh hidup secara normal tetapi mestilah sentiasa mengelakkan makanan dan ubat2an tertentu. Kekurangan G6PD adalah sepanjang hayat. Ia bukan penyakit keturunan atau berjangkit.
UBAT2 YG HARUS DIELAKKAN BG MENGIDAP KEKURANGAN G6PD
ANTIMALARIA
Chloroquine
Hydroxychloroquine
Primaquine
Pamaquine
Pentaquine
Quinine
Mapacrine
Antirheumatik / Analgesik
Phenacetin
Aminopyrine
Acetylsalicytic Acid
Antlpyrine
Probenecid
Acetalinid
ANTIBAKTERIA
Chlorophenicol
Cotnimaxazole
Furazolidine
Nalidixic acid
Nitrofurantoin
P.Aminosalicylic Acid
Sulphanillamide
Sulphasoxazole
Sulphamethoxypyridazine
Sulphathizole
Sulphamerazine
LAIN-LAIN
Choramine
Dapsone
Dimercaprol
Antisine
Napthalene (ubat gegat)
Phenythydrazine
Benadryl
Tripelennamide
Procainamide
P.Aminobenzoic Acid
SS Cream
Fava beans
Vitamin K Anoloques
Pyrimidone
Pyribeneamine
Mathylene blue
------------------------------------------------------------------------------------
Testimoni pengidap G6PD yang telah menggunakan Produk SHAKLEE ^_^
No comments:
Post a Comment