Thursday, 15 August 2013

TESTIMONI MEALSHAKES & OMEGA GUARD

TESTIMONI MEALSHAKES & OMEGA GUARD

“Saya sendiri bagi MEALSHAKES & OMEGA awal JANUARY 2013 kpd anak saya…utk keperluan nutrisi dia sebab kadang2 saya tak sempat nak masak makanan yg berkhasiat jadi saya gantikan MEALSHAKES sebagai pelengkap vitamins seharian yg perlu ada dalam badan utk dia membesar dengan sempurna.” 

“Sekarang dia jarang demam dan selsema, selera makan pun ada je, walaupun kdg2 memilih juga bila sesuatu mknn tu dia tak suka, tp sy xbimbang sbb dgn MEALSHAKES dia dah dpt khasiat yg dia tak dapat dari makanan.”

"Pada usia 18bulan, dia dah boleh kenal banyak benda disekelilingnya dan pandai menyebutnya beberapa perkataan api, air, car, lori, abah, dan banyak lagi dan yang paling best! dia dah pandai panggil IBU...sukenye saya masa first time dengar tu hanya Allah yang tahu.syukur. sekarang kalau nampak makanan atau orang tengah makan mesti dia sebut "mam" kalau nak minum dia sebut "air"....klau tak dulu suruh makan lari! klau kena paksa nanti muka macam dalam gambar tu lah! hahahah"

"Sekarang Qayyum dah berusia 21bulan (1y9m), ibu masih tetap teruskan berikan MEALSHAKES dan OMEGA untuk dia, baru semalam dia demam, sebelum ni 2bulan lepas kot, xingat sangat sebab dia jarang demam & selsema, mungkin lepas musim2 raya ni macam2 yang diminum dan makan, perlu jugak untuk demam kan, harini dah nampak sihat, saya prasan bila dia demam sekarang pun tak la macam dulu lama...dan asyik merengek.skrang walaupun demam, muka hepi, siap boleh ketawa, gurau2, selera macam biasa, cuma tak la terlalu aktif, dah nama pun demam kan"

amboi panjang lak aih testimoni kali ni...maklumlah ikhlas dari hati. SEMOGA ANAK IBU SIHAT DAN BIJAK hendaknya. In Shaa Allah.

*BAGI IBU BAPA YANG PUNYA MASALAH SEPERTI ANAK SAYA NI BOLEH LA CUBA MEALSHAKES & OMEGA GUARD SHAKLEE yang dijamin halal dan semulajadi, yang penting ia berkesan!Alhamdulillah...


HUBUNGI SAYA UNTUK SAYA BANTU ANDA ^_^


Sunday, 4 August 2013

5 TIPS UNTUK MENAMBAH KESUBURAN

Pada lumrahnya...tahap kesuburan seseorang memungkinkan untuk anda mudah peroleh zuriat atau pun tidak. Tapi secara terang/fizikalnya kita tak pasti tahap kesuburan kita ni macam mana...melainkan kita buat pemeriksaan kesuburan. Jadi apa kata, kita gunakan sekeliling kita ini untuk menambah kesuburan...tak rugi kan kalau buat...sekurang-kurangnya ini salah satu cara untuk kita menjadi lebih sihat!

Ketidaksuburan boleh berlaku sama ada pada isteri atau suami atau kedua-duanya. Tips ini lebih difokuskan kepada isteri, namun suami juga boleh mencuba mana yang bersesuaian.

5 TIPS UNTUK MENAMBAH KESUBURAN

1. JAGA BERAT BADAN 
# Terlalu gemuk atau terlalu kurus dapat menimbulkan gangguan proses ovulasi.  Mengikut kajian, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17 hingga 21 peratus agar dapat ovulasi secara teratur.
# Wanita kurus atau kegemukan yang serius menjadikan haidnya tidak teratur, justeru itu memperbaiki berat badan dapat menjadikan haid lebih teratur dan subur.

2. PILIHLAH MAKANAN ORGANIK (sayur & buah)
# Harus biasakan diri memakan sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang segar kerana makanan organik dapat membantu mengelakkan anda dari mendapat zat-zat yang berbahaya.  Zat-zat yang berbahaya ini adalah penyebab anda sukar hamil.
# Sangat disarankan untuk menghindari makanan segera (kfc, pizza hut, mc donald).
# Sebolehnya jangan mengambil makanan yang mengandungi pemanis tiruan, pewarna, dan bahan pengawet.
# Sangat digalakkan mengambil sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam yang sangat membantu bagi wanita yang ingin cepat hamil kerana sayur-sayuran ini mengandungi antioksidan, zat besi dan asid folic yang dapat mempertahankan organ reproduksi. (makanansehatuntukpromildandiet12)

3. PERBAIKI POLA PEMAKANAN SEIMBANG
# Kekurangan sejumlah vitamin dan mineral akan mengurangkan kesuburan. Vitamin C, E dan B Kompleks (terutama B6) sangat penting bagi pembentukan hormon.
# Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral serta kekacang yang mengandungi lemak essensi seperti kacang tanah.
# Makanlah dengan pola makan seimbang dalam komposisi protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang.
# Makanan yang terlalu banyak lemak akan menyumbang kepada gangguan keseimbangan hormon tubuh.

4. KURANGKAN STRESS
# Kurangkan berfikir yang membebankan kepala yang boleh menyebabkan anda stress.
# Jika stress banyakkan beriadah, berehat dan bersukan.
# Stress boleh mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dalam badan dan menyukarkan ovulasi.

5. PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT)
# Pengambilan suplemen yang bersesuaian mampu meningkatkan kesihatan seseorang dan seterusnya dapat meningkatkan tahap kesuburan seseorang.
# Suplemen yang diambil perlulah mendapat konsultasi pemakanan yang betul untuk mendapat keputusan yang diinginkan.
# Sebagai cadangan anda boleh memberi kepercayaan anda kepada rangkaian suplemen SHAKLEE yang terdiri daripada set kesuburan (vitalea multivitamin, bcomplex, vitamin c, vitamin e, zinc complex, gla complex, alfalfa dan ESP).
# Tak perlu bimbang. Anda tak perlu ambil kesemuanya. Dapatkan konsultasi dari saya dan saya akan bimbing anda dalam pemilihan suplemen yang betul.

(majalahkesehatan.com)

****************************************************************
Inilah antara tips kesihatan kesuburan yang boleh di amalkan....semoga usaha anda tidak sia-sia dalam mendapat zuriat yang dinanti dengan izin-Nya.