Friday, 19 April 2013

Fakta Tentang Kalsium Yang Anda Perlu Tahu


Mencari gali mengenai kalsium sesuatu  yang sangat menarik.  Saya memang bukan seorang penggemar susu, jadi tak pernah kisah & tak pernah ambil tahu mengenai keperluan kalsium dalam badan.  Sehinggakan sendiri mendapat masalah sakit pimggang ditambah pula factor usia yg semakin meningkat dan telah mencuba sendiri kehebatan OSTEMATRIX dari shaklee. Ternyata tidak sia-sia.

Tapi tahu kah anda bahawa 99% dari badan kita mempunyai kalsium?, saya sendiri sangat tertarik apabila terjumpa mcm2 info tentang kalsium ni, yg tak pernah saya tahu…mungkin anda juga tak tahu.

Jadi..mari kita semak beberapa fakta penting dari artikel-artikel yg saya jumpa!

Fakta Penting Mengenai Kalsium yg perlu anda ketahui

1. KALSIUM ADALAH MINERAL YG PALING BANYAK DIPERLUKAN OLEH TUBUH
·      Kalsium harian yg diperlukan adalah 800mg utk dewasa di atas 25 tahun dan 1.000mg setelah usia 50tahun.
·      IBU HAMIL & MENYUSUKAN harus mengambil 1.200mg kalsium sehari.
·      Keperluan kalsium bagi kanak-kanak dan remaja akan meningkat dari sesuatu usia;
-          Bayi berumur  sehingga 5 bulan : 400mg
-          Bayi berumur 6-12 bulan : 600mg
-          Kanak-kanak 1-10 tahun : 800mg
-          Remaja 11-24 tahun : 1.200mg


   2. BADAN KITA MEMPUNYAI 99% KALSIUM YG TERDAPAT PADA JARINGAN    TULANG, GIGI, DAN SELEBIHNYA DI DALAM DARAH DAN SEL-SEL TUBUH.
   
   3.  KALSIUM MEMPUNYAI BANYAK MANFAAT KEPADA BADAN KITA
·         Pembentukan dan pemeliharaan tulang dan gigi
-       Kanak-kanak memerlukan kalsium utk pertumbuhan gigi dan tulang mereka.  Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan tulang kanak-kanak tidak sempurna dan menderita penyakit ‘rikets’.  Org dewasa memerlukan kalsium utk memelihara system tulang dan giginya secara berterusan kerana mineral tulang dan gigi kita akan berganti 100% setiap tujuh tahun sekali.
·         Mencegah Osteoporosis
-       Apabila kalsium tidak cukup dari pengambilan makanan seharian, tubuh kita akan mengambilnya dari ‘bank kalsium’ iaitu pada tangan, kaki dan tulang panjang lain. Kekurangan pengambilan kalsium dalam waktu yg lama akan mengakibatkan tubuh mengambilnya dari tulang-tulang padat! (hmmm takut kan) dan kerana ini lah tulang  rapuh dan mudah patah (osteoporosis).
-      TAHUKAH ANDA! Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dgn perangkaan lebih 50% kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050. Oleh itu, penduduk Asia disarankan mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800-1,000mg).
·         Penympanan glikogen
-      Kalsium berperanan dalam proses penyimpanan glikogen. Apabila tiada kalsium, tubuh akan merasa lapar terus-menerus kerana tidak dapat menyimpan glikogen.
·         Melancarkan fungsi otot, otak dan system saraf
-       Otot, otak dan system saraf memerlukan kalsium agar dapat berfungsi secara optima.  Kekurangan kalsium dapat menyebabkan kekejangan otot dan gangguan fungsi otak dan system saraf. (sebab itu ibu bapa yg berusia mudah mendapat sakit urat saraf, kekejangan kerana bdn tidak dpt menyerap kalsium yg mencukupi)

   4. KEKURANGAN KALSIUM BOLEH MENGUNDANG KEPADA KEADAAN SUKAR TIDUR
·       Satu kajian telah dibuat dan mendapati kekurangan kalsium dan magnesium keatas seseorang itu boleh menyebabkan anda terjaga dari tidur dan tidak mampu untuk tidur kembali atau kata lain ‘insomnia’. Spt kata James F. Balch, M.D.: “A lack of the nutrients calcium and magnesium will cause you to wake up after a few hours and not be able to return to sleep”.
·       Willian Sears, M.D. pula berkata: “calcium helps the brain use the amino acid tryptophan to manufacture the sleep-inducing substance melationin.  This explains why dairy products, which contain both tryptophan and calcium, are one of the top sleep-inducing foods” (ohhh sebab tu kita biasa dgr sebelum tidur kena minum susu dulu)

   5. TAPI AWAS! KALSIUM BERLEBIHAN BOLEH MEMBAHAYAKAN TUBUH
·      Magnesium dan fosforus mengubah bentuk kalsium agar memudahkan ia diserap oleh tubuh.Kalsium dan magnesium disalurkan ke tubuh melalui albumin dalam darah. Jadi apabila terlalu banyak kalsium akan membuatkankan magnesium terdesak dari albumin sehingga tidak tersalur melalui darah dan tubuh akan kekurangan magnesium. Ini menyebabkan, ginjal tidak dapat memproses kalsium sehingga menjadi endapan atau batu karang. 
·      Selain magnesium dan fosforus, vitamin D, zinc dan zat besi juga diperlukan dalam pengolahan kalsium.  Jadi pengambilan kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc dan zat besi harus seimbang agar tubuh kekal sihat.

·       Pengambilan supplement kalsium tidak diperlukan jika mengambilan makanan seharian anda cukup mengandungi makanan yang kaya dengan kalsium seperti;
-          Segelas susu (350mg)
-          Sepotong keju (200-250mg)
-          Sepotong pizza (230mg)
-          Se’scop aiskrim (90mg)
-          Setangkai brokoli (76mg)
-          Sepotong besar tauhu/tempe (258mg)


Sumber: majalahkesehatan.com/medicalnewstoday.com/Kementerian Penerangan M’sia

Jadi…bagaimana? Menarik kan…kalau anda sayang diri anda keluarga anda dan anda rasa cukup menerima kalsium dalam setiap pemakanan harian anda. Itu bermakna anda tidak mempunyai sebarang  masalah kekurangan kalsium TETAPI jika sebaliknya cepat-cepat lah dapat kan…OSTEMATRIX dari Shaklee yg lengkap dengan kalsium, magnesium, vitamin D dan banyak lagi yang sememangnya 100% semulajadi, dijamin selamat dan berkesan.




OSTEMATRIX membekalkan badan anda dengan;
·         1,000mg (100% Daily value) unsure KALSIUM daripada sumber-sumber yg mempunyai tahap kepekatan yg tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi.
·         400mg (100% Daily value) MAGNESIUM untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
·         400 IU (100% Daily value) VITAMIN D  untuk meransang penyerapan kalsium lebih efektif.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




*******************************************
Sebarang pertanyaan dan konsultasi PERCUMA selepas pembelian, Sila hubungi saya;
IbuQ_Intan | 890669 | sms/call/whatsapp: 017-6551747 | 
emel: myqlittlebaby@live.com | fb: Intan Mqlb | page: MyQlittlebaby

*****************************************

No comments: