N3 all about Qayyum kali ni saja ibu nak selit2 kt cni, asyik pasal shaklee je...bosan jgk eh?? hehe
Ok saja nak cite pasal Qayyum kali ni sebab pagi tadi dia buat sesuatu yg tak biasa dibuat, so ibu nk simpan cite tu kt sini.
Minggu ni minggu yg agak sibuk bagi abah...sebab Isnin Selasa ada kursus, Rabu pulak dah Exam (jabatan)...jadi bila balik2 abah dah penat dan tros tido sbb kursus kt KL. Tak macam selalu akan main-main bergurau dulu dgn Qayyum. Dah tu lepas selasa abah tak balik rumah, tido rumah angah sebab nanti nak pergi ke tempat exam lagi dekat...so start selasa petang sampai pagi rabu memang Qayyum tak jumpa abah la....
Ibu dah perasan malam tu dia dok bawak frame gamba ibu ngn abah dok main2 tapi ibu tak heran sebab dia memang suka tengok gambar dalam tu lama2. Dah tu tak nak dia baling2 ibu pun letak la frame tu dekat depan cermin (meja solek). tapi dia tak usik pulak, elok dok situ sampai pagi.
Nak dijadikan cerita, pagi2 tu dia bangun dengan cerianya...tetiba macam carik sesuatu. tak tahulah apa...sekali dia nampak frame gambar yg di main malam td tu (kan ibu dah letak depan cermin) tros cakap kuat2 "abaaaah"...pastu bawak kluar frame tu ke hulur ke hilir di bawa nye...mulut asyik sebut "abah" "abah" padahal ibu tak suruh sebut pun, selalu kalau dia pegang frame tu mmg ibu ajar sebut 'ibu' sebut 'abah' tapi kali ni ibu tak ajar pun (tgh sibuk bersiap nk g opis)....
Ooo..sekali telah rupa2nya dia mencari abah la tu! Ya Allah...anak ibu ni rindukan abahnye....hai br tak nampak sehari kan...yela lagi terasa sebab isnin tu tak main2 ngn dia...pagi selasa dah sibuk bersiap nak g kursus lagi (kluar 6.30 Qayyum tido lagi), petang selasa tak jumpa dah smpai pagi rabu kan (pagi tadi)...tu yg dok teringat ingat tu kot. cian anak ibu....hihi Oh lepas tu kan dan2 abah tepon 3G (panjang umur) dapat la Qayyum tengok abah..tercengang2 dia...siap babai, flying kiss sume...terubat sikit windu kan sayang!
Ok hari ni abah balik la...nanti leh memain lagi ye. Ni lah anak ibu kalau ibu takde agaknye carik jugak tak??? hehehe~
Ni gambar yg sempat ibu snap...masa di bawa ke hulur ke hilir tu tak sempat snap sbb ibu sibuk bersiap nak g opis...hehe
No comments:
Post a Comment